[VIDEO] Kes lelaki Israel: Tiga warga asing dihantar pulang ke negara asal

A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 peluru, telah dihantar ke negara asal.

Ketiga-tiga mereka yang dikaitkan selepas penahanan lelaki warga Israel yang turut memiliki kewarganegaraan Perancis, Shalom Avitan, dihantar pulang selepas siasatan terhadap mereka selesai dijalankan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tindakan itu diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi proses pemindahan imigran-imigran larangan dari Malaysia.

“Ketiga-tiga lelaki berkenaan telah dihantar ke negara asal mereka iaitu Amerika Syarikat, Turkiye dan Georgia, bermula Isnin dan Selasa.

“Ketiga-tiga suspek itu termasuk tujuh warga tempatan dibebaskan pada 10 Mei lalu di bawah jaminan polis,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Mengulas mengenai bebas dengan jaminan tujuh lelaki lelaki tempatan, Rusdi memaklumkan, kesemua mereka boleh ditahan semula sekiranya ada bukti baharu.

“Jika ada perkembangan, saksi, keterangan baharu, kertas siasatan boleh dibuka bila-bila masa.

"Jangan ingat kalau dibebaskan dia lepas begitu sahaja,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Rusdi (kanan) pada sidang akhbar selepas hadiri Perhimpunan Bulanan di IPK Kuala Lumpur pada Rabu.
Rusdi (kanan) pada sidang akhbar selepas hadiri Perhimpunan Bulanan di IPK Kuala Lumpur pada Rabu.

Pada 19 April lalu, Rusdi mengesahkan 10 daripada 18 individu ditahan bagi siasatan kes berkaitan lelaki Israel, Avitan Shalom.

Avitan Shalom ditahan di ibu negara pada pada 27 Mac lalu kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru.

Daripada jumlah itu, tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah pun dituduh di mahkahmah manakala lima lagi dibebaskan.

Seramai 10 lagi individu sebelum ini direman bagi siasatan lanjut mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!