MATTA Fair beri 87 hadiah buat pembeli bertuah

Pemenang bergambar bersama Sheikh Awadh (tujuh dari kiri, depan) ketika Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Pembeli MATTA Fair Mac 2024, bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Selasa.
Pemenang bergambar bersama Sheikh Awadh (tujuh dari kiri, depan) ketika Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Pembeli MATTA Fair Mac 2024, bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Selasa.
A
A
A

SEBANYAK 87 hadiah keseluruhan bernilai lebih RM150,000 diberikan kepada pembeli pakej pelancongan di MATTA Fair yang berlangsung pada Mac lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Sheikh Awadh Sheikh Abdullah berkata, hadiah menarik yang diberikan kepada pembeli bertuah merangkumi tiket penerbangan pergi dan balik, baucar penginapan hotel serta percutian ke taman tema.

Menurut beliau, pihaknya juga menerima tajaan daripada syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, Japan Airlines, Batik Air, Saudia Airlines, Turkish Airlines, Garuda Indonesia, Air Macau dan Firefly.

"Syarikat penginapan dan taman tema air pula terdiri daripada Legoland Malaysia Resort, Corus Hotel KL, Tasik Villa International Resort Port Dickson, Aloft KL Sentral, Bayou Lagoon Park Resort serta lain-lain lagi.

“Penyertaan sebegini amat memberangsangkan dan terima kasih juga diucapkan kepada penaja, media serta pengunjung atas sokongan yang tidak putus-putus.

“Diharapkan supaya kita berjumpa lagi di MATTA Fair pada 6 hingga 8 September depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Pembeli MATTA Fair Mac 2024, bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Selasa.

Penganjuran MATTA Fair kali ke-54 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Mac lepas dengan penglibatan 12 organisasi pelancongan kebangsaan (NTO) telah berjaya menarik 170,000 pengunjung dan mengutip jualan sebanyak RM230 juta.

Artikel Berkaitan:

Shalena
Shalena

Sementara itu, pemenang tiket kelas bisnes pergi dan balik ke London, United Kingdom tajaan Malaysia Airlines iaitu Dr Shalena Nesaratnam tidak menyangka bakal membawa pulang hadiah utama tersebut.

Beliau yang bekerja sebagai Perunding Endokrinologi memaklumkan, membeli pakej pelancongan menerusi MATTA Fair sudah menjadi kebiasaan sehingga melayakkannya memenangi pelbagai ganjaran dan hadiah peraduan.

“Saya amat gembira dan terkejut, ia betul-betul hadiah yang bermakna serta sudah semestinya saya akan terus membeli di MATTA Fair selepas ini,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!