PTPTN tawar hadiah bernilai lebih RM1.3 juta kepada pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN

YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (kiri) bersama YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN (kanan) bergambar bersama hadiah utama Cabutan Tahunan Kategori Platinum, Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.
YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (kiri) bersama YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN (kanan) bergambar bersama hadiah utama Cabutan Tahunan Kategori Platinum, Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.
A
A
A


SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen Cabutan WOW! Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2024 dengan menawarkan hadiah lumayan bernilai lebih RM1.3 juta untuk dimenangi oleh 983 pemenang.

Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, cabutan kali ini terdiri daripada Cabutan Tahunan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember 2024 dan lima Cabutan Siri yang diadakan dengan tema-tema tertentu termasuklah perayaan dan sambutan kemerdekaan.

Menurut beliau, buat julung kalinya Cabutan Siri WOW! Kasih diperkenalkan bagi menghargai insan-insan bermakna dalam kehidupan antaranya sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru.

“Cabutan Siri WOW! Gong Xi Ang Pow bermula pada 1 Januari hingga 29 Februari, WOW! Syoknya Raya akan diadakan bermula 1 Mac hingga 30 April dan WOW! Kasih pada 1 Mei hingga 30 Jun.

“Ia akan diteruskan dengan Cabutan Siri WOW! Merdeka yang bakal berlangsung pada 1 Julai hingga 31 Ogos manakala cabutan WOW! Superheroes pada 1 September hingga 31 Oktober,” katanya ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Pelancaran Cabutan WOW! Simpan 2024 di Kuala Lumpur. Turut hadir YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN dan Lembaga Pengurusan PTPTN.

YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (kiri) diiringi YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN (kanan) meletakkan tapak tangan sebagai simbolik pelancaran Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.
YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (kiri) diiringi YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN (kanan) meletakkan tapak tangan sebagai simbolik pelancaran Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.



Tambah Norliza, Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 kali ini membawa kelainan dengan menampilkan tiga kategori iaitu Silver, Gold dan Platinum bagi Cabutan Tahunan dengan hadiah utama kategori Silver ialah kereta Proton S70 Flagship X.

Sementara itu, pemenang kategori Gold akan menerima kereta Proton X50 Flagship dan Platinum pula akan membawa pulang kereta Proton X90 Flagship.

Artikel Berkaitan:


Dalam pada itu, beliau berkata, bagi pendeposit yang ingin menyertai cabutan berkenaan, mereka hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

“Setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu cabutan manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua cabutan secara automatik.

“Paling menarik, kempen kali ini turut memberi kelebihan kepada pengguna aplikasi myPTPTN yang akan mendapat bilangan cabutan berganda.

“Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji mahupun debit akan mendapat lima cabutan,” ujarnya.

Tambah beliau, bagi pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN, potongan gaji atau debit akan mendapat 10 cabutan.

Pemenang hadiah utama, kedua dan ketiga Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 Kategori Cabutan Tahunan bergambar bersama YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN dan YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTNsemasa Majlis Pelancaran Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.
Pemenang hadiah utama, kedua dan ketiga Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 Kategori Cabutan Tahunan bergambar bersama YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN dan YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTNsemasa Majlis Pelancaran Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.



Norliza berkata, sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), PTPTN komited untuk menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia, selaras dengan Teras Pertama Pelan Strategik PTPTN 2021-2025.

Menurutnya, sehingga 31 Disember 2023, deposit Simpan SSPN yang diterima berjumlah RM17.39 bilion dengan akaun sebanyak 6.25 juta.

Pada majlis pelancaran Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024, PTPTN turut meraikan pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 Kategori Cabutan Tahunan yang telah berakhir pada 31 Disember 2023 lalu.

Pemenang utama menerima wang tunai bernilai RM150,000, tempat kedua (RM50,000) dan pemenang tempat ketiga (RM10,000). PTPTN turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang utama Kempen Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 bernilai RM10,000.

Reaksi pemenang

“Sebenarnya banyak manfaat yang kita boleh peroleh daripada Simpan SSPN antaranya dapat pelepasan taksiran cukai, dividen, patuh syariah di samping ada cabutan yang dianjurkan oleh PTPTN. Perancangan awal, wang yang dimenangi akan dikekalkan dalam Simpan SSPN.” - Pemenang utama, Mohamad Azamuddin Ariffin.

“Saya buka akaun Simpan SSPN untuk anak-anak pada awal kelahiran mereka. Kita tidak tahu perkara yang akan berlaku pada masa akan datang, jadi sebab itu saya buka akaun Simpan SSPN untuk jaminan masa hadapan mereka.” - Pemenang tempat kedua, Mashalina Halim.

“Saya menyimpan dalam Simpan SSPN Prime kerana banyak faedah untuk simpanan masa hadapan anak-anak. Dengan simpanan ini, saya akan bantu anak-anak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.” - Pemenang tempat ketiga, Ee Hock Yin.

“Simpan SSPN ini banyak kelebihan selain berguna sebagai tabung pendidikan anak-anak, ia juga ada dividen yang kompetitif dan pelepasan taksiran cukai.” - Pemenang Cabutan BMS, Zati Hulwani Razak, Guru.