Bekas bintang Everton, Tim Cahill kunjungi fasiliti, stadium JDT

Cahill dilihat mengadakan pertemuan bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, untuk sebuah projek bola sepak baru. - Foto: FB Johor Southern Tigers
Cahill dilihat mengadakan pertemuan bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, untuk sebuah projek bola sepak baru. - Foto: FB Johor Southern Tigers
A
A
A

BEKAS bintang Australia, Tim Cahill, mengunjungi fasiliti kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan JDT DI Padang Seri Gelam, semalam.

Pengarah Teknikal Qatar FA dan Ketua Pegawai Sukan Akademi Aspire itu dilihat mengadakan pertemuan bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim untuk sebuah projek bola sepak baru.

Pemain berusia 44 tahun itu juga pernah beraksi di pentas Piala Dunia dan menjadi tonggak utama untuk kelab Everton di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sepanjang beraksi di EPL, dia telah beraksi dalam 226 perlawanan dengan mengumpul 56 jaringan gol dan 23 bantuan jaringan buat pasukan Everton. - Stadium Astro/Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: