PN mengaku kalah tiga hari sebelum PRK - Amirudin

Amirudin (tiga dari kanan) pada sidang akhbar di Command Centre Perpaduan Bangunan UMNO Hulu Selangor pada Sabtu.
Amirudin (tiga dari kanan) pada sidang akhbar di Command Centre Perpaduan Bangunan UMNO Hulu Selangor pada Sabtu.
A
A
A

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) seolah sudah mengaku kalah awal apabila mengumumkan akan mengemukakan petisyen pilihan raya tiga hari sebelum berlangsung Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, itu hak PN untuk mengemukakan petisyen namun pihaknya yakin PH telah menjalankan kempen mengikut peraturan ditetapkan.

"Itu petanda mereka menyedari akan tewas dalam PRK.

"Dalam akta pilihan raya, petisyen merupakan kaedah untuk menyemak keputusan pilihan raya. Itu hak mereka membuat bantahan.

"Namun kita yakin telah menjalankan kempen berkesan, berhemah yang tak perlu guna caci maki dan fitnah seperti dilakukan pihak lawan untuk mengelirukan pengundi," katanya mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya sekiranya PH menang PRK Kuala Kubu Baharu.

Ia susulan dakwaan kerajaan telah melakukan salah guna kuasa dan jentera sebelum dan semasa kempen PRK berlangsung.

Pada Sabtu, Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan diumumkan pemenang menewaskan tiga pencabar lain.

Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus PRK Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamaruddin di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor

Artikel Berkaitan:

Sock Tao memperoleh sebanyak 14,000 undi dengan majoriti 3,869.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!