'Argentina yang ada Messi pun kalah awal'

Musa al-Tamari menyempurnakan penalti untuk gol kedua Jordan. - Foto AFP
Musa al-Tamari menyempurnakan penalti untuk gol kedua Jordan. - Foto AFP
A
A
A

KEKALAHAN 4-0 di tangan Jordan pada perlawanan pertama Malaysia dalam Kumpulan E, kempen Piala Asia bukalah keputusan yang dimahukan peminat Harimau Malaya.

Ini kerana berdasarkan prestasi semasa anak buah Kim Pan-gon dijangka untuk sekurang-kurangnya mengikat Jordan bagi meraih satu mata.

Aksi di Stadium Al Janoub itu dilihat lebih banyak dikuasai Jordan dengan tekanan dan larian pantas sehingga memerangkap pasukan negara yang turun dengan mentaliti menyerang.

Kekalahan ini menyebabkan Malaysia terperosok di tangga tercorot kumpulan, dengan Jordan berada di tempat pertama, manakala Korea Selatan di kedudukan kedua selepas membenam Bahrain 3-1 pada satu lagi aksi pada Isnin.

Apa pun, Pan-gon sudah memohon maaf di atas permulaan buruk pemainnya dan menegaskan ia bukanlah penamat kepada perjalanan skuad negara di Qatar.

Sebaliknya, pengendali dari Korea Selatan itu masih percaya bahawa Malaysia mampu melepasi peringkat kumpulan dengan menyeru pemain bangkit segera.

Jelas Pan-gon, peluang masih ada, namun segala kelemahan dilakukan ketika aksi dengan Jordan perlu diatasi segera sebelum menentang Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad, Sabtu ini.

Sementara itu, kekalahan pertama Harimau Malaya dalam kempen Piala Asia mendapat pelbagai reaksi daripada peminat di platform media sosial.

Artikel Berkaitan:

Ada yang berlapang dada, tidak kurang juga ada peminat mengkritik corak permainan ditampilkan pemain negara ketika berdepan pasukan di ranking ke-87 dunia itu.

"Argentina yang ada Messi pun awal-awal kalah, akhirnya menang Piala Dunia," kata Addrian Mikhail.

"Ada chance lagi, jangan gugup dan patah semangat," ujar Suhaimi Zaff Aaira.

"Jika Malaysia main corak macam second half, mungkin kita boleh seri," tambah Nua Hamdan.

"Takpe, jadikan iktibar dan buat yang terbaik," ulas Nori Amri.

"Jordan segenap posisi hebat dan marking player kita sampai empat orang," komen Matyie TJG.

"Terimalah hakikat, Jordan lebih unggul dari Harimau Zoo kita," sindir Abdul Rashid.

Selepas aksi menentang Bahrian Sabtu ini, Harimau Malaya melengkapkan aksi Kumpulan E dengan menentang gergasi Asia, Korea Selatan pada 25 Januari ini.