Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo

Abang Johari. Foto Bernama
Abang Johari. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia semalam merupakan seorang pemimpin yang adil kepada semua masyarakat.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, mendiang seorang pemimpin yang hebat dan pemergian beliau satu kehilangan yang besar kepada Sarawak.

"Saya berkesempatan melawat Mutang pada Rabu. Beliau pemimpin yang hebat dan adil kepada semua masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini hari ini.

Mutang meninggal dunia pada 11.46 pagi semalam di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada usia 69 tahun.

Sebelum ini, Mutang menerima rawatan di IJN setibanya dari Azerbaijan pada 6 Mei lepas dan pulang lebih awal daripada lawatan kerja di negara itu yang bermula 29 April.

Mendiang mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.

Pada 19 Feb lepas, Mutang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Pelantikan Mutang melakar sejarah apabila mendiang yang berasal dari Lawas, Sarawak menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!