Lorong kiri Plaza Tol Hutan Kampung ditutup 5 hari bermula 13 Mei ini

Lorong paling kiri untuk kenderaan berat di laluan masuk Plaza Tol Hutan Kampung arah selatan akan ditutup selama lima hari mulai Isnin ini bagi menjalankan kerja penyelenggaraan jalan.
Lorong paling kiri untuk kenderaan berat di laluan masuk Plaza Tol Hutan Kampung arah selatan akan ditutup selama lima hari mulai Isnin ini bagi menjalankan kerja penyelenggaraan jalan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lorong paling kiri untuk kenderaan berat di laluan masuk Plaza Tol Hutan Kampung arah selatan akan ditutup selama lima hari mulai Isnin ini bagi menjalankan kerja penyelenggaraan jalan.

PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerja penyelenggaraan itu akan bermula jam 9 pagi, 13 Mei hingga 12 tengah hari, 17 Mei depan.

Berikutan itu, PLUS menasihatkan pengguna kenderaan berat dengan had kelebaran melebihi 3.5 meter yang menghala ke Alor Setar, Kedah supaya menggunakan laluan alternatif di Persimpangan Kepala Batas menuju ke Jalan Negeri (K5) - Jalan Hutan Kampung.

"Selain itu, pengguna kenderaan berat yang menghala ke Sungai Petani atau Pulau Pinang atau selatan juga boleh menggunakan laluan alternatif di Plaza Tol Alor Setar Utara sepanjang tempoh kerja-kerja berkenaan dijalankan.

"Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan PLUS dari semasa ke semasa ketika melalui kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi PLUS atau Chatbot PUTRI serta menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya memerlukan sebarang bantuan kecemasan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: