Suspek kes samun diberkas

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes samun telah ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Rawang dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berkenaan ditahan hasil pemerhatian pihaknya ke atas sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 warna kelabu yang diparkir di sebuah restoran makanan segera pada jam 3.50 pagi di Pekan Rawang.

"Kita berjaya menahan lelaki itu, setelah 25 minit pemerhatian dijalankan. Kita mendapati suspek yang memakai topi keledar menghidupkan motosikal berkenaan.

"Hasil semakan nombor pendaftaran motosikal itu adalah palsu dan dilaporkan hilang di Jinjang," katanya melalui kenyataan media tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: