Teknologi realiti maya Maritim Malaysia tarik perhatian penguat kuasa luar negara

Tengku Hassanal mengambil peluang sempena lawatannya ke DSA dan NATSEC Asia 2024 untuk mengunjungi reruai Maritim Malaysia.
Tengku Hassanal mengambil peluang sempena lawatannya ke DSA dan NATSEC Asia 2024 untuk mengunjungi reruai Maritim Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Usaha Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengetengahkan penggunaan teknologi realiti maya atau ‘virtual reality’ sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di sini menarik perhatian agensi penguat kuasa luar negara.

Program selama empat hari sehingga Khamis turut menerima kira-kira 7,000 pengunjung di reruai Maritim Malaysia.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pameran itu telah menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pemain industri keselamatan tempatan serta syarikat terkemuka luar negara seperti United Kingdom, China dan Perancis.

Menurutnya, mereka yang hadir adalah di kalangan pemain industri keselamatan dan agensi penguatkuasaan dalam dan luar negara.

"Malah usaha Maritim Malaysia mengetengahkan penggunaan teknologi realiti maya turut menarik perhatian agensi penguat kuasa luar negara seperti Turkiye dan Belanda.

Agensi penguat kuasa dari Turkiye tidak melepaskan peluang merasai pengalaman penggunaan teknologi realiti maya atau ‘virtual reality’ yang ditampilkan Maritim Malaysia sempena DSA dan NATSEC Asia 2024 di MITEC Kuala Lumpur.

"Agensi-agensi berkenaan menyatakan rasa kagum dan berhasrat untuk menggunakan teknologi seumpama itu untuk kegunaan latihan maya dan perkongsian maklumat berkaitan peranan dan tanggungjawab agensi kepada umum," katanya pada Khamis.

Saiful Lizan berkata, pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 turut membuka ruang kepada pihaknya dalam meningkatkan kerjasama antara agensi penguat kuasa luar negara melalui pertemuan bilateral yang diadakan sepanjang acara ini berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati reruai Maritim Malaysia turut dikunjungi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Petugas media juga tidak melepaskan peluang merasai pengalaman penggunaan teknologi realiti maya atau ‘virtual reality’ yang ditampilkan Maritim Malaysia sempena DSA dan NATSEC Asia 2024 di MITEC Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluangkan masa beramah mesra bersama warga Maritim Malaysia.

Pada majlis penutup, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengumumkan penganjuran Pameran DSA dan NATSEC Asia 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 23 April 2026.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!