DSA: JBPM pamer inovasi teknologi pintasan radio

Sistem Memintas Frekuensi Audio yang dihasilkan JBPM berjaya merangkul anugerah pada tahun lalu.
Sistem Memintas Frekuensi Audio yang dihasilkan JBPM berjaya merangkul anugerah pada tahun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Inovasi teknologi Sistem Memintas Frekuensi Audio menjadi antara aset penting yang dipamer Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah berkata, tahun lalu, JBPM berjaya memenangi inovasi ini dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam Kluster Keselamatan dan Pentadbiran serta Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1.2 juta.

Dua anugerah yang diterima JBPM hasil inovasi Sistem Memintas Frekuensi Audio.
Dua anugerah yang diterima JBPM hasil inovasi Sistem Memintas Frekuensi Audio.

Katanya, anugerah berlangsung pada November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Inovasi ini kegunaan ketika kecemasan bagi memberi laluan bukan sahaja untuk kegunaan kenderaan bomba, tapi juga ambulans, polis atau lain-lain.

"Fungsi sistem ini ialah menyampaikan maklumat untuk memberi laluan melalui pintasan radio apa juga siaran kepada pengguna kenderaan awam di laluan terlibat," katanya ketika ditemui Sinar Harian di reruai JBPM di sini pada Khamis.

Reruai JBPM antara yang menjadi tumpuan pengunjung DSA dan NATSEC 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada Khamis.
Reruai JBPM antara yang menjadi tumpuan pengunjung DSA dan NATSEC 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada Khamis.

Beliau berkata, ia mampu mencapai radius sehingga 200 meter.

Artikel Berkaitan:

Katanya, cabaran penghasilan inovasi teknologi ini ialah proses pembuatan yang mengambil masa sehingga tiga tahun selain turut terlibat dengan tugasan hakiki sebagai anggota bomba.

"Di beberapa BBP di Kedah telah mula menggunakan inovasi ini dan hasilnya adalah positif di mana jarak masa ke lokasi kejadian dapat disingkatkan," ujarnya.

Ahmad Naufal (tiga kanan) bergambar bersama teknologi inovasi yang dihasilkan JBPM.
Ahmad Naufal (tiga kanan) bergambar bersama teknologi inovasi yang dihasilkan JBPM.

Selain itu, inovasi lain yang turut dipamer ialah alat penguji dan pengesanan arus elektrik.

Tinjauan Sinar Harian mendapati antara aset lain yang turut mendapat perhatian pengunjung ialah kamera pencarian, alatan mencari dan menyelamat, seragam unit udara serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!