X

Kindly register in order to view this article
!

Haniff Khatri serah surat mahu jumpa peguam cara

Mohamed Haniff (kanan) bersama Muhammed Yusoff pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Damansara.
A
A

KOTA DAMANSARA - Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla memohon untuk berjumpa dengan Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan Jabatan Peguam Negara yang memutuskan tiada pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, di dalam kenyataan itu menyatakan bahawa peguam cara berpendapat tidak ingin meneruskan apa-apa tindakan atau pertuduhan jenayah berkaitan aduan yang dibuat anak guamnya, Muhammed Yusoff Rawther.

"Bila kami lihat dan nilai kenyataan itu, saya sebagai peguam mendapati terdapat beberapa persoalan.

"Dari segi perundangan, kuasa untuk mendakwa sememangnya tertakluk kepada peguam negara dan dalam kes ini adalah peguam cara. Mereka tidak boleh zahirkan mana-mana kenyataan seolah-olah ambil peranan mahkamah bagi menilai kebenaran atau ketidakbenaran mana-mana pihak.

"Bila kami lihat dan nilai kenyataan itu, saya sebagai peguam mendapati terdapat beberapa persoalan.

"Bila kita pergi mahkamah, cuma mahkamah sahajalah yang akan buat keputusan sama ada laporan atau aduan itu benar atau tidak, sama ada saksi dipercayai atau tidak," katanya pada sidang media bersama Muhammed Yusoff di pejabatnya di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian poligraf Yusoff Rawther bantu siasatan polis: KPN

Sementara itu, Muhammed Yusoff berkata, dia bersedia sekiranya Anwar mahu menyamannya.

"Jika Anwar mahu saman saya, teruskan. Saya bersedia untuk menghadapi perbicaraan yang panjang," katanya.

Pada 14 Januari lalu, Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada pendakwaan berhubung dakwaan serangan dengan niat hendak mencabul kehormatan oleh seorang ahli politik ke atas pembantunya pada 2 Oktober 2018.