Sila log masuk terlebih dahulu.

Anwar yakin kenaikan gaji penjawat awam diluluskan Parlimen

A
A
A

BERITA SEMASA 2 MEI 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Parlimen akan meluluskan kenaikan lebih 13 peratus gaji penjawat awam, yang akan dibentangkan dalam Belanjawan 2025 Oktober ini.

Beliau berkata, semua pemimpin parti komponen dalam Kerajaan MADANI termasuk Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga memberi sokongan penuh terhadap kenaikan itu supaya ia dapat dilaksanakan pada 1 Dis ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662489/berita/nasional/anwar-yakin-kenaikan-gaji-penjawat-awam-diluluskan-parlimen

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PenjawatAwam #GajiPenjawatAwam #AnwarIbrahim