Pemilik kolej didenda RM180,000 buat tuntutan guna dokumen palsu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang pengarah urusan dan pemilik sebuah kolej didenda sebanyak RM180,000 di Mahkamah Sesyen pada Isnin selepas mengaku bersalah terhadap 15 pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk membuat tuntutan.

Tertuduh Marsam Buhera, 51, membuat pengakuan bersalah dihadapan Hakim Jason Anak Juga selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Menurut pertuduhan, tertuduh pada 2018 iaitu Pengarah Urusan Infoteguh Sdn Bhd yang memiliki Kolej Eastern, Kota Kinabalu dengan curangnya telah menggunakan dokumen palsu sebagai tulen untuk membuat tuntutan di dalam Program Operasi Rangkaian Komputer Kolej Eastern di mana beliau mengetahui atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Kes sebelum ini telah dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada 21 November 2023 untuk pertuduhan utama seksyen 23 Akta SPRM 2009

Dalam prosiding pada Isnin telah mendengar hasil keputusan representasi di mana pihak pendakwaan setuju menawarkan 15 pertuduhan pilihan di bawah seksyen 471 Kanun Keseksaan

Tertuduh mengaku bersalah terhadap 15 pertuduhan pilihan di bawah seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didenda RM12,000 untuk setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhan denda RM180,000 dan jika gagal membayar denda, boleh dipenjara selama empat bulan bagi setiap pertuduhan.

Prosiding dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Dzulkarnain Rousan Hasbi dan tertuduh diwakili Farazwin Haxdy dan Associates.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!