Exco Terengganu didakwa di Mahkamah Sesyen Terengganu hari ini

Exco Terengganu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan ahli keluarganya.
Exco Terengganu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan ahli keluarganya.
A
A
A

​KUALA TERENGGANU - Seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan ahli keluarganya.

​Tertuduh yang berusia dalam lingkungan 60-an itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.13 pagi dengan memakai kemeja dan kot berwarna hijau.

​Ketibaan beliau disambut puluhan penyokong yang hadir seawal jam 8 pagi bagi memberikan sokongan moral kepada pemimpin berkenaan.

​Keadaan di pekarangan mahkamah turut dipantau rapi oleh anggota polis termasuk anggota trafik bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan terkawal.

​Pada Ahad, media melaporkan suspek ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kemaman.

​Beliau disyaki menyalahgunakan jawatan sebagai anggota Exco serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.

​Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara tahun 2018 hingga 2020.

​Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan, pendakwaan terhadap individu berkenaan dijalankan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang Exco Terengganu didakwa kerana menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan keluarga
  • Berusia dalam lingkungan 60-an dan tiba di mahkamah dengan memakai kemeja dan kot hijau
  • Penyokong hadir seawal jam 8 pagi untuk memberi sokongan moral
  • Keadaan di mahkamah dipantau rapi oleh polis untuk keselamatan
  • Disyaki menyalahgunakan jawatan untuk melantik dua anaknya bekerja di anak syarikat milik kerajaan negeri antara tahun 2018 hingga 2020

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!