'Doakan dan beri sokongan moral kepada Faisal'

Faisal menjadi mangsa simbahan asid pada Ahad.
Faisal menjadi mangsa simbahan asid pada Ahad.
A
A
A

SELANGOR FC mengesahkan pemain sayap pasukan itu, Faisal Halim telah menjadi mangsa serangan asid dalam kejadian pada Ahad.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, Selangor FC memandang serius perkara itu dan akan bekerjasa dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti mereka yang terlibat.

"Selangor FC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak PDRM serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti mereka yang terlibat.

"Selangor FC menyeru para penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim dan keluarganya serta menghormati privasi beliau serta keluarganya buat masa ini," kata kenyataan itu.

Faisal dilaporkan telah disimbah asid ketika berada di sebuah pusat membeli belah di Damansara pada Ahad.

Dalam gambar yang tular di media sosial, pemain sayap kebangsaan itu kelihatan mengalami kecederaan di bahagian badan dan tangan akibat kejadian itu.

Dia juga dilaporkan telah dibawa ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: