China julang Piala Uber buat kali ke-16

China muncul juara Piala Uber selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir. Foto AFP
China muncul juara Piala Uber selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir. Foto AFP
A
A
A

CHINA berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini pada Ahad.

Pemain perseorangan wanita nombor dua dunia, Chen Yu Fei memberikan permulaan memberangsangkan buat China apabila menewaskan Gregoria Mariska Tunjung, 21-7, 21-16 dalam perlawanan berlangsung selama 36 minit.

Pemain China meraikan kejayaan memenangi Piala Uber. Foto AFP
Pemain China meraikan kejayaan memenangi Piala Uber. Foto AFP

Gandingan nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan kemudian meneruskan kecemerlangan tuan rumah selepas mengatasi pasangan Siti Fadia Silva Ramadhanti-Ribka Sugiarto 21-11, 21-8.

Pemain perseorangan kedua China, He Bing Jiao diberikan tentangan sengit sebelum menundukkan Ester Nurumi Tri Wardoyo, 10-21, 21-15, 21-17 dalam pertarungan 69 minit sekali gus mengesahkan trofi Piala Uber pertama China dalam tempoh empat tahun selepas edisi 2020 di Aarhus, Denmark.

Meskipun tewas, Indonesia boleh pulang dengan bangga setelah berjaya ke final pertama mereka selepas 16 tahun. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Menepati ramalan #fyp #SinarHarian #China #PialaUber #Badminton #Sukan #Chengdu

We Are The Champions - Galileo & The Cast Of 'We Will Rock You'