Depo pengumpulan lonjakan harga getah - RISDA

Manndzri (dua dari kanan) semasa hadir pada majlis merasmikan Masjid As-Syakirin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Melor di Kota Bharu pada Sabtu.
Manndzri (dua dari kanan) semasa hadir pada majlis merasmikan Masjid As-Syakirin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Melor di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pembinaan depo pengumpulan hasil getah merupakan antara usaha Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam membantu meningkatkan harga bahan mentah itu di pasaran.

Pengerusinya, Manndzri Nasib berkata, agensi itu akan memperbanyakkan lagi pembinaan depo pengumpulan hasil getah di seluruh negara.

"Alhamdulillah harga getah ketika ini sudah mencecah sehingga RM4.18 sen di sesetengah kawasan seperti Tangkak, Johor," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu, beliau hadir merasmikan Masjid As-Syakirin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Melor di sini.

Menurut beliau, jika pekebun boleh menoreh sekitar lapan hingga sembilan kali dengan keluasan antara 1.2 hingga 1.6 hektar mereka boleh menjana pendapatan sehingga RM9,000 dengan cara pengumpulan hasil di depo.

"Contoh ada 80 peserta, mereka lantik seorang ketua. Bila harga naik lebih RM4 sekilogram baru mereka jual.

"Jadi hasil yang diperoleh menjadi lumayan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Manndzri berkata, pengeluaran hasil getah menyusut pada musim panas berpunca daripada pekebun tidak keluar menoreh disebabkan oleh cuaca.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, bagaimanapun mereka boleh berbuat demikian sekitar jam 1 pagi.

"Mengikut pengalaman kita, bila panas mereka tidak keluar menoreh," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!