Sila log masuk terlebih dahulu.

RM39.5 juta tingkatkan produktiviti pekebun kecil - RISDA

A
A
A

BERITA SEMASA 6 MEI 2024

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) komited membantu meningkatkan produktiviti dan kemampanan pekebun kecil getah pada tahun ini menerusi peruntukan sebanyak RM39.5 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Peruntukan dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang disalurkan kepada agensi berkenaan itu sebagai tanda sokongan kepada 552,543 pekebun kecil di seluruh negara serta mengukuhkan perkembangan industri getah tanah air.

Pengerusinya, Manndzri Nasib berkata, daripada jumlah tersebut program Peningkatan Produktiviti Getah (PROGET) menerima peruntukan yang tertinggi iaitu sebanyak RM22.96 juta diikuti, Pemulihan Getah Terbiar RM15 juta dan Peningkatan Produktiviti Lateks (PROTEK) sebanyak RM1.61 juta.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Bensound Dreams dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #RISDA