Kekurangan jururawat diunjur hampir 60 peratus 2030 - Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly. Foto Bernama
Dr Dzulkefly. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kekurangan jururawat diunjurkan kepada hampir 60 peratus menjelang 2030, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dalam menangani isu ini, beliau berkata, antara lain, kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat membantu untuk mengatasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.

"Saya menyokong hasil (kerjasama) daripada pihak swasta untuk sama-sama kita membangunkan bukan sahaja fasiliti-fasiliti kesihatan tetapi (juga) sumber manusia.

"Kita boleh bina hospital (secara fizikal) tetapi yang mustahaknya juga adalah kakitangan itu, bukan hanya doktor dan pakar tetapi juga sama penting, jururawat itu sendiri. Mutakhir kita mengalami kekurangan jururawat yang kritikal," katanya dalam sidang media selepas perasmian KL International Hospital Sdn Bhd yang mempunyai kemudahan 624 katil di KL Wellness City Gallery di sini pada Khamis.

Dr Dzulkefly (tiga, kanan) melancarkan Hospital 624 katil oleh KL International Hospital Sdn Bhd di KL Wellness City Galeri Bukit Jalil pada Khamis. Foto Bernama
Dr Dzulkefly (tiga, kanan) melancarkan Hospital 624 katil oleh KL International Hospital Sdn Bhd di KL Wellness City Galeri Bukit Jalil pada Khamis. Foto Bernama

Pada majlis itu, beliau menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara KL Wellness City dengan enam kolej dan universiti melibatkan tajaan biasiswa bernilai RM25 juta untuk pendidikan kejururawatan di Malaysia.

Institusi terlibat ialah Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Kolej Perubatan Antarabangsa (IMC), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Adventist, Kolej Universiti Lincoln (LUC) dan Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Oriental Nilam. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!