Piala Thomas: Kekuatan mental kunci kebangkitan Nur Izzuddin-Sze Fei

Nur Izzuddin (kiri) dan Sze Fei (kanan) ketika menentang pasangan Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito pada suku akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone pada Khamis. Foto Bernama
Nur Izzuddin (kiri) dan Sze Fei (kanan) ketika menentang pasangan Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito pada suku akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KEKUATAN mental menjadi kunci kebangkitan semula beregu kedua negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang membawa Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024.

Sze Fei-Nur Izzuddin muncul wira apabila membantu Malaysia menyingkirkan Jepun 3-1 selepas berjaya melonjak semula daripada ketinggalan satu set ketika menentang Akira Koga-Taichi Saito dan menamatkan permainan dengan 18-21, 21-15, 21-12, sekali gus meraih mata kemenangan dan menyalakan semula harapan negara untuk menamatkan kemarau 32 tahun kejuaraan.

Mengetahui tugas rumit menanti di set kedua, Nur Izzuddin berkata, mereka memberi lebih fokus kepada menguatkan mental dan akhirnya berjaya mengatasi lawan dalam kejohanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech di sini.

"Mungkin ketika kami ketinggalan, kami kembali cuba fokus pada mental kami,” katanya kepada pemberita di sini.

Aksi pasangan beregu lelaki negara meraikan kemenangan selepas menewaskan pasangan Jepun pada peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone pada Khamis. Foto Bernama
Aksi pasangan beregu lelaki negara meraikan kemenangan selepas menewaskan pasangan Jepun pada peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone pada Khamis. Foto Bernama

Sementara itu, perseorangan profesional, Lee Zii Jia yang mengatasi Kenta Nishimoto dalam perlawanan pertama 21-13, 21-3, mengakui misteri ketiadaan pemain nombor empat dunia Kodai Naraoka meningkatkan keyakinannya untuk meraih mata pertama buat negara.

"Saya agak terkejut ketiadaan Naraoka tetapi sebagai pemain profesional kami perlu bersedia dalam apa jua situasi. Jujurnya, Nishimoto banyak buat kesilapan mudah tetapi apa-apa pun saya gembira sebab dapat tamatkan perlawanan dengan cepat," katanya.

Dalam aksi beregu kedua, Aaron Chia mengakui lawan mereka Takuro Hoki-Yugo Kobayashi lebih baik dalam memanfaatkan peluang pada detik penting dan akhirnya beregu Jepun itu mengungguli 18-21, 21-14, 21-19.

Artikel Berkaitan:

Perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao yang menyumbang mata kedua buat Malaysia menyifatkan kemenangan straight set ke atas Koki Watanabe, 21-13, 21-10, sebagai aksi terbaiknya setakat ini dan berharap dapat mengekalkan momentum kemenangan itu jika beliau diturunkan pada separuh akhir berdepan China, Sabtu ini.

China mara ke separuh akhir selepas mengalahkan India 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir hari ini.

Kali terakhir Malaysia bertemu China, pasukan tuan rumah itu menang 3-0 dalam suku akhir edisi 2012 di Wuhan.

Edisi 2016 di Kunshan merupakan kali terakhir Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir sebelum tewas di tangan Denmark 2-3.

Malaysia membuka perlawanan Kumpulan D dengan dua kemenangan besar 5-0 ke atas Hong Kong, Sabtu lepas dan Algeria pada Ahad, namun gagal menjuarai peringkat kumpulan setelah tewas 2-3 terhadap Denmark pada Selasa. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!