Bolehkah puasa ganti pada hari Jumaat?

RAMAI yang keliru tentang status puasa ganti pada hari Jumaat. -Gambar hiasan
RAMAI yang keliru tentang status puasa ganti pada hari Jumaat. -Gambar hiasan
A
A
A

RAMAI yang sudah mula berpuasa ketika ini. Lebih-lebih lagi mereka yang masih berbaki puasa ganti masing-masing pada bulan Ramadan lalu.

Sebelum tibanya bulan mulia itu kurang dua bulan lagi, ada baiknya mereka mengqadakan bilangan puasa yang ditinggalkan sekarang.

Bercakap tentang ganti puasa, persoalan tentang melaksanakan ibadah berkenaan pada hari Jumaat sering menjadi kekeliruan.

“Eh! Tak boleh puasa hari Jumaat saja, kena ada ‘kawan’ hari lain jugakan?”

“Bukankah makruh kalau puasa hari Jumaat?”

Begitulah antara tanda tanya yang sering berbangkit.

Terpanggil untuk meleraikan kekusutan itu, pengguna akaun platform X, @Muzuzxck memberi penjelasan tentangnya menerusi media sosial miliknya.

Muzuza yang juga pendakwah dan penulis buku kerohanian itu menjelaskan, ulama menyatakan bahawa makruh berpuasa pada hari Jumaat semata-mata.

Artikel Berkaitan:

BERPUASA pada hari Jumaat tidak lagi makruh bagi mereka yang menunaikan puasa ganti.
BERPUASA pada hari Jumaat tidak lagi makruh bagi mereka yang menunaikan puasa ganti.

Ia berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat semata-mata melainkan berpuasa pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

“Mudah kata, jika kita berpuasa pada hari Khamis atau Sabtu, maka bolehlah berpuasa pada hari Jumaat,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Muzuza, situasi berbeza andai ia melibatkan puasa ganti.

“Ini kerana hukum puasa ganti itu adalah wajib, maka ia tidak lagi makruh,” coretnya.

Sementara itu, pendakwah Dr Idris Sulaiman menjelaskan, berpuasa pada hari Jumaat dibenarkan andai ia menepati adat kebiasaan puasa seseorang atau bersebab.

“Contohnya puasa enam Syawal atau puasa-puasa sunat yang lain. Bukannya kerana hari Jumaat semata-mata.

“Adapun mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa, maka hal tersebut dilarang,” katanya sebagaimana dipetik menerusi idrissulaiman.com.