Pegawai akaun ditipu RM12,000

No Image Caption
A
A
A

BINTULU - Seorang pegawai akaun rugi RM12,000 diperdayakan oleh seorang lelaki menyamar sebagai pegawai polis dari Muar, Johor Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 30 tahun dihubungi lelaki berkenaan melalui nombor telefon 018-673229 pada hari kejadian dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes langgar lari.

“Lelaki itu memberitahu kenderaan yang didaftarkan atas nama mangsa terlibat dalam kes langgar lari serta di dalam kenderaan tersebut mengandungi dadah.

“Lelaki itu juga memberitahu mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan menunjukkan waran tangkap ke atas mangsa melalui WhatsApp,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mustafa berkata mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM12,000 ke akaun Public Bank seperti diarahkan lelaki berkenaan sebagai jaminan kepada mahkamah, setelah menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: