[VIDEO] Penumpang teruja terminal baharu LTSIP dibuka hari ini

A
A
A

KOTA BHARU - Rata-rata penumpang teruja menggunakan kemudahan di terminal baharu fasa 1 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang mula beroperasi pada Rabu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, wajah baharu LTSIP itu membuatkan ramai teruja sehingga ada yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakamkan detik-detik terindah.

Mansor Daud
Mansor Daud

Artikel Berkaitan:

Mansor Daud, 62, mengakui teruja dan menyifatkan wajah baharu laparangan terbang itu sangat indah serta cantik dipandang mata.

Pegawai Perhubungan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) itu memberitahu, kebetulan beliau serta isteri ingin ke Acheh, Indonesia dan menjadi antara penumpang pertama yang menggunakan kemudahan baharu di terminal tersebut.

Terminal baharu ini lebih selesa, luas, serta banyak kemudahan yang boleh memudahkan urusan penumpang.
Terminal baharu ini lebih selesa, luas, serta banyak kemudahan yang boleh memudahkan urusan penumpang.

"Kami sangat teruja dan sebagai rakyat Kelantan pembangunan ini amat membanggakan.

"Terima kasih kepada kerajaan Pusat dan negeri yang menyediakan kemudahan ini demi keselesaan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, sebagai antara orang pertama menggunakan kemudahan baharu berkenaan, Dr Ahmad Akram Omar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) berkata, beliau merasakan ia lebih teratur apabila terdapat banyak kaunter daftar masuk disediakan.

Dr Ahmad Akram
Dr Ahmad Akram

Ujarnya, kemudahan lain yang dinaik taraf juga banyak memberikan keselesaaan kepada penumpang semasa berada di LTSIP.

Penumpang teruja menggunakan kemudahan di terminal baharu fasa 1 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu yang mula beroperasi pada Rabu.
Penumpang teruja menggunakan kemudahan di terminal baharu fasa 1 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu yang mula beroperasi pada Rabu.

"Jika dahulu cuma ada tiga pintu di balai ketibaan dan pelepasan, sekarang terdapat enam dan jika dilihat pada papan tanda semuanya ada 11 pintu.

"Ini sudah tentu memberikan keselesaan dan lebih pilihan kepada penumpang. Kelantan sudah lama menunggu lapangan terbang bertaraf antarabangsa seperti ini, Alhamdulillah ia sudah menjadi kenyataan," katanya.

Terdapat banyak kaunter daftar masuk disediakan di terminal baharu fasa 1 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu yang mula beroperasi pada Rabu.
Terdapat banyak kaunter daftar masuk disediakan di terminal baharu fasa 1 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu yang mula beroperasi pada Rabu.

Bagi kakitangan swasta, Jenniffer Nurul Jannah Abdullah pula, sebagai pengguna setia LTSIP dia begitu kagum dengan perubahan serta pembangunan yang berlaku di situ.

Jenniffer Nurul Jannah
Jenniffer Nurul Jannah

"Saya lihat banyak lot-lot kedai akan dibuka nanti dan berharap ia akan menawarkan lebih banyak produk-produk Kelantan supaya dikenali ramai.

"Terminal baharu ini lebih selesa, luas dan banyak kemudahan yang boleh memudahkan urusan penumpang," katanya.

Penumpang sudah tidak sabar untuk terbang ke luar negara melalui LTSIP di Kota Bharu.
Penumpang sudah tidak sabar untuk terbang ke luar negara melalui LTSIP di Kota Bharu.

Beliau memberitahu, sudah tidak sabar untuk terbang ke luar negara melalui LTSIP.

Ujarnya, ia pasti akan menjimatkan lagi masa serta banyak pilihan yang boleh dibuat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!