Kastam pasang 40 mesin pengimbas di lapangan terbang

JKDM akan menempatkan 40 unit mesin pengimbas bagasi yang dilengkapi teknologi AI di lapangan terbang serta pintu keluar masuk negara. Foto hiasan
JKDM akan menempatkan 40 unit mesin pengimbas bagasi yang dilengkapi teknologi AI di lapangan terbang serta pintu keluar masuk negara. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menempatkan 40 unit mesin pengimbas bagasi yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) di lapangan terbang serta pintu keluar masuk negara.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Ribuan Abdullah berkata, mesin pengimbas ini akan dipasang di kawasan strategik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak bermula Mei depan.

Katanya, mesin pengimbas ini akan dipasang secara berperingkat.

"Mesin pengimbas ini mampu menganalisis imej dan warna dengan lebih jelas," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM Putrajaya pada Selasa.

Beliau berkata, JKDM juga dalam perancangan untuk membuat perolehan mesin pengimbas kargo yang dilengkapi sistem 'drive through multi-view dual energy' berteknologi tinggi.

Jelasnya, secara keseluruhannya setakat 29 April tahun ini, JKDM berjaya merampas 585.72 kilogram dadah melalui imbasan imej mesin pengimbas.

Ribuan (tengah) bersama pegawainya melihat laporan penguatkuasaan JKDM bagi suku pertama tahun ini dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM Putrajaya pada Sabtu.
Ribuan (tengah) bersama pegawainya melihat laporan penguatkuasaan JKDM bagi suku pertama tahun ini dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM Putrajaya pada Sabtu.

Dalam pada itu, tambah Ribuan, bagi meningkatkan keupayaan kawal sempadan, JKDM juga akan dibekalkan 20 ekor Anjing Pengesan Dadah (APD) pada Jun depan bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah.

Artikel Berkaitan:

"Tahun ini juga, jabatan akan diberikan 28 unit kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan anggota operasi penguatkuasaan dan rondaan," ujarnya.

Mengulas lanjut, JKDM turut berjaya mengekang aktiviti penyeludupan barang subsidi seperti minyak masak, petrol dan diesel dengan 22 kes direkodkan dengan nilai rampasan bernilai RM323,365 setakat Mac lalu.

Justeru, JKDM menyeru menyalurkan maklumat sebarang aktiviti penyeludupan kepada JKDM dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!