Tiga pegawai penguat kuasa AS terbunuh, lima cedera ditembak ketika serah waran

Tiga anggota Pasukan Petugas Marshall AS telah disahkan meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Foto Getty Images
Tiga anggota Pasukan Petugas Marshall AS telah disahkan meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Foto Getty Images
A
A
A

WASHINGTON - Tiga pegawai penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat (AS) terbunuh dan lima yang lain cedera selepas ditembak oleh seorang lelaki bersenjata ketika cuba menyerahkan waran di negeri Carolina Utara, Amerika Syarikat, kata Ketua Jabatan Polis, Charlotte Mecklenburg (CMPD) Johnny Jennings, lapor Sputnik.

"Tiga anggota Pasukan Petugas Marshall AS telah disahkan meninggal dunia," kata Jennings dalam sidang media pada petang Isnin.

"Empat pegawai CMPD ditembak, seorang dalam keadaan kritikal di hospital. Lapan pegawai penguat kuasa telah ditembak oleh suspek di rumah tersebut."

Jennings menjelaskan bahawa pasukan itu cuba menyampaikan waran kepada seorang individu kerana memiliki senjata api oleh penjenayah yang disabitkan kesalahan, tetapi mereka ditembak ketika mereka menghampiri individu tersebut.

Pasukan itu membalas tembakan dan suspek terbunuh tetapi mereka menerima tembakan tambahan dari dalam rumah, kata Jennings.

Selepas keadaan tegang berakhir, pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan dan mengesahkan terdapat dua lagi individu di dalam rumah yang telah ditahan dan disoal siasat.

Polis menyatakan bahawa seorang suspek menggunakan senapang berkuasa tinggi semasa insiden tembak-menembak itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: