Penjaja ala Bombay di KL, netizen persoal mana penguat kuasa

Jualan makanan ala street food India rancak dijalankan warga asing berhampiran Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah pada setiap Jumaat.
Jualan makanan ala street food India rancak dijalankan warga asing berhampiran Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah pada setiap Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Di mana penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)?," Itu antara persoalan ditimbulkan netizen susulan penularan video warga asing dengan selamba menjaja ala Bombay di pusat bandar Kuala Lumpur.

Video berdurasi 23 saat itu memaparkan jualan makanan ala 'street food' dari negara India yang dikerumuni warga asing difahamkan beroperasi berhampiran Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah pada setiap Jumaat.

Tidak cukup meja, kelihatan penjaja tersebut turut menggunakan sebuah troli pasar raya untuk meletakkan jualannya yang mendapat sambutan dalam kalangan rakan-rakan senegaranya.

Penularan video tersebut mengundang reaksi pengguna media sosial yang kurang senang akan kelemahan sistem penguatkuasaan yang dilihat seolah terlepas pandang terhadap aktiviti penjajaan tersebut yang didakwa telah beroperasi sejak sekian lama.

"Kita nak dapat lesen berdarah-darah susah nak dapat...Dia datang KL boleh pula berniaga. Macam mana dia dapat lesen, DBKL tolong siasat," komen pengguna Facebook, Yahya Othman.

"Elok juga kita jadi warga asing nak buat apa bebas tak ada tindakan daripada penguatkuasa... Beruntungnya jadi warga asing, " luah Ven Tino.

Tidak kurang juga netizen yang berseloroh menyamakan aktiviti tersebut tidak cukup meriah tanpa hon atau bunyi bising yang kebiasaan didengar menerusi aktiviti 'street food' di India.

"Tak cukup ummph lagi ni min, kena ada latar belakang hon kereta dengan motosikal baru seronok,"seloroh Hazril Md Isa.

Artikel Berkaitan:

"Tak payah pergi Bangladesh atau India, dah memang ada di Malaysia," komen sindiran oleh pengguna Facebook, Lan Stylo.

Aktiviti penjaja warga asing nyata mendapat reaksi negatif netizen yang mempersoalkan aspek perundangan dan kebersihan makanan selain merosakkan imej negara.

Orang awam mendesak tindakan tegas dilakukan ke atas mereka sama seperti penjaja tempatan yang sering dikenakan tindakan sita dan kompaun bagi yang tidak memiliki lesen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!