Ten Hag minta peminat bersabar

Onana melakukan kekasaran ke atas Zeki Amdouni membolehkan Burnley mendapat penalti dalam aksi EPL. Foto EPA
Onana melakukan kekasaran ke atas Zeki Amdouni membolehkan Burnley mendapat penalti dalam aksi EPL. Foto EPA
A
A
A

ERIK ten Hag meminta peminat untuk terus bersabar selepas Manchester United sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan satu mata walaupun terlebih dahulu berada di depan ketika seri 1-1 dengan Burnley di Old Trafford.

Pemain sayap Brazil, Antony meletakkan United di depan pada minit ke-79 tetapi pemain gantian Zeki Amdouni menjaringkan gol daripada sepakan penalti lapan minit kemudian selepas dikasari oleh Andre Onana.

United yang kini berada di kedudukan keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bergelut untuk layak ke Liga Europa selepas terkeluar daripada perlumbaan untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara.

'Penyakit' United yang sering melepaskan gol walaupun telah mendahului telah merugikan mereka dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan ia diteruskan ketika menentang Burnley.

“Kami mempunyai beberapa pemain yang sangat muda dan itulah sebabnya kami membina semula kelab ini. Itu mengambil masa, dan kami membina ini dengan membawa masuk pemain muda.

“Rasmus Hojlund, Alejandro Garnacho, Kobbie Mainoo mereka semua berada dalam musim pertama EPL dan liga ini menjadi lebih sengit dari tahun ke tahun.

“Kami telah melihat data dan ia jauh lebih sengit berbanding musim lalu, terutamanya apabila anda melihat sepanjang empat atau lima musim lalu. Pemain-pemain itu perlu menyesuaikan diri dan itu memerlukan masa,” katanya.

Ten Hag, yang memenangi Piala Liga tahun lalu pada musim pertamanya bersama kelab itu, meminta peminat untuk terus bersabar dan pemain muda di kelab itu memerlukan pengalaman.

Artikel Berkaitan:

“Kami membina sebuah pasukan di sini, dan mereka memerlukan pengalaman. Apabila anda keletihan anda perlu terus fokus sehingga tamat.

“Selain itu, musim ini terdapat masa tambahan yang panjang. Selalunya tujuh, lapan, sembilan, 10 minit jadi membawa lebih banyak minit dalam permainan, untuk mengekalkan tempo dalam permainan juga," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!