Tuchel sesuai ganti Ten Hag

Thomas Tuchel nama terbaharu dikaitkan dengan Manchester United. Foto Agensi
Thomas Tuchel nama terbaharu dikaitkan dengan Manchester United. Foto Agensi
A
A
A

BEKAS penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel mengesyorkan The Red Devils supaya mencari pengurus baharu bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25.

Menurut Schmeichel, United perlu menyingkirkan Erik ten Hag kerana formula pengendali dari Belanda itu tidak menjadi di Old Trafford.

Malah katanya, di bawah bimbingan Ten Hag, reputasi United semakin pudar, malah tidak lagi mempamerkan karakter sebagai sebuah kelab elit.

Justeru, Schmeichel mencadangkan bekas pengendali Chelsea, Thomas Tuchel menggantikan Ten Hag sekiranya pemilik bersama United, Sir Jim Ratcliff bersetuju melakukan rombakan sejurus kempen EPL musim ini berakhir.

“Saya percaya Tuchel mampu berjaya di Old Trafford. Dia pengurus yang hebat, malah dia memiliki karakter hampir sama dengan Jurgen Klopp.

”Mungkin nasibnya kurang baik bersama Chelsea tapi bukankah dia memenangi Liga Juara-Juara ketika menjadi pengurus di England?” katanya.

Tuchel bakal meninggalkan Bayern Munich pada akhir musim ini menerusi persetujuan bersama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: