Penyakit 'rusa zombi' merebak di Amerika Syarikat

Saintis bimabang penyakit rusa zombie menjangkiti manusia. - Agensi
Saintis bimabang penyakit rusa zombie menjangkiti manusia. - Agensi
A
A
A

LONDON - Penyakit yang membawa maut digelar ' penyakit rusa zombi' dilaporkan merebak di seluruh Amerika Utara dan baru-baru ini dikesan di Taman Negara Yellowstone buat kali pertama.

Penyakit Buangan Kronik (CWD) menyebabkan perubahan kepada otak haiwan sehingga mangsa menjadi seperti tidak bermaya dan air liur sentiasa meleleh.

Haiwan yang mudah dijangkiti termasuk semua jenis rusa dan gejala ini boleh dilihat apabila mereka 'merenung jauh' yang akhirnya membawa kepada kematian.

Setakat ini tiada rawatan atau vaksin untuk menyembuhkan penyakit ini.

Saintis memberi amaran bahawa CWD mampu menjadi 'bencana bergerak perlahan' dan menggesa kerajaan bersedia sebarang kemungkinan sekiranya ia merebak kepada manusia.

Penyelidik CWD Doktor Cory Anderson memberitahu The Guardian bahawa pihaknya sedang berhadapan dengan penyakit boleh membawa maut.

"Wabak lembu gila di Britain telah memberikan contoh bagaimana dalam sekelip mata ia boleh membawa masalah kepada negara apabila haiwan ternakan semakin berkurangan.

"Kami bercakap mengenai potensi yang sama bakal berlaku. Tiada siapa mengatakan bahawa ia pasti berlaku dan apa yang penting kita perlu bersedia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), CWD telah ditemui di 31 negeri di seluruh Amerika Syarikat serta Kanada, Norway, Finland, Sweden dan Korea Selatan.

Difahamkan, patogen penyakit ini sukar dihapuskan apabila persekitaran dijangkiti. Ia didapati tahan terhadap pembasmian kuman dan pembakaran pada suhu 1,100 Fahrenheit.

Memandangkan musim memburu sedang berlangsung di AS, orang ramai dihasihatkan menguji hasil buruan dan tidak memakan daging yang dijangkiti penyakit itu. - Agensi