Kerajaan Arab Saudi giat bangunkan sistem AI

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MADINAH - Mendepani kecanggihan teknologi yang berkembang maju ketika ini, tidak dinafikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) semakin meluas termasuk menerusi sistem untuk kemudahan umat Islam beribadat.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Umrah, Dr Abdul Rahman Shams berkata, kerajaan Arab Saudi menambah baik sistemnya setiap tahun bagi memastikan keselesaan jemaah, selain dapat memperkayakan lagi pengalaman ketika menjejaki Tanah Haram.

"Adaptasi teknologi AI adalah inisiatif terbaik kepada jemaah bagi melancarkan pergerakan di Arab Saudi seperti aplikasi Nusuk, jemaah yang berhasrat untuk memasuki Raudhah lebih mudah dikawal berbanding menggunakan kaedah tradisional.

"Semua agensi kerajaan dan sektor swasta di negara ini sedang bergiat aktif membangunkan pelbagai inisitiatif yang mesra pengguna agar kemasukan jemaah lebih lancar,” katanya kepada Bernama TV pada Forum Umrah dan Ziarah 2024 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Raja Salman, di sini pada Rabu.

Forum yang dirasmikan oleh Gabenor Madinah, Putera Salman bin Sultan Abdulaziz Al Saud itu, menghimpunkan pelbagai agensi berkaitan haji dan umrah, penyedia perkhidmatan dan agensi pelancongan di bawah satu bumbung sebagai usaha memberi pendedahan kepada pemain industri.

Sementara itu, syarikat penyedia perkhidmatan digital Arab Saudi, Tasheer, akan membangunkan sistem biometrik untuk diguna pakai sepenuhnya oleh pelawat yang masuk ke negara itu sebagai inisiatif kepada kaedah tradisional iaitu proses cop pasport di pintu masuk negara.

Pengarah Produk Tasheer, Abdulelah Alghamdi berkata, bagi memperkenalkan pelbagai produk teknologi hasil usaha kerajaan, syarikatnya turut menyediakan kursus pengenalan di beberapa negara termasuk Malaysia.

"Tasheer mempunyai ramai peserta dari Malaysia terutamanya dalam kalangan pengendali agensi pelancongan serta agensi kerajaan berkaitan Haji dan Umrah.”

Artikel Berkaitan:

"Melalui Kementerian Luar Arab Saudi, pengendali di Malaysia juga diberikan taklimat berkaitan aplikasi yang dibangunkan Tasheer bagi mengumpul data biometrik bakal jemaah dan pelawat,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!