Empat lokasi unik Taiping bakal diiktiraf

Abd Rahim (duduk, empat kiri) dan Thye Lin (tiga, kiri) bergambar kenangan di hadapan papan tanda 'I Love Taiping' yang baru dirasmikan di Taman Tasik Taiping, hari ini.
Abd Rahim (duduk, empat kiri) dan Thye Lin (tiga, kiri) bergambar kenangan di hadapan papan tanda 'I Love Taiping' yang baru dirasmikan di Taman Tasik Taiping, hari ini.
A
A
A

TAIPING - Empat lagi tambahan lokasi unik di Bandar Warisan Taiping, di sini dijangka bakal mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Warisan Negara tidak lama lagi.

Yang Dipertua(YDP) Majlis Perbandaran Taiping(MPT), Abd Rahim Md Ariff berkata, empat lokasi bersejarah itu adalah Stesen Keretapi Taiping, Hutan Paya Laut Matang, Sekolah Kebangsaan(SK) Convent Kota dan Galeri Perbandaran Taiping.

Menurutnya, permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan empat lokasi itu sebagai tapak warisan kebangsaan kini sudah dipanjangkan pihaknya dan berharap proses itu dapat diselesaikan dengan sempurna.

"Pengiktirafan itu penting bagi memastikan kesemua lokasi diiktiraf tapak warisan kebangsaan dapat dipelihara dan pulihara dengan baik bagi mengekalkan nilai sejarah.

"Kita sudah proses permohonan dan berharap ianya berjalan lancar demi memastikan lebih banyak tempat unik di Taiping diiktiraf sebagai tapak warisan kebangsaan," katanya kepada media dalam program perasmian papan tanda 'I Love Taiping' di Taman Tasik Taiping, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Adun Pokok Assam, Leow Thye Yih.

Abd Rahim berkata, sehingga kini sebanyak 10 tempat menarik di Taiping sudah diiktiraf sebagai tapak warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara.

Menurutnya, tempat-tempat tersebut adalah Kota Ngah Ibrahim, Matang; Perpustakaan Awam Perak; Sekolah Menengah King Edward VII(I) Jalan Stesen; Masjid Melayu Lama; Gereja All Saints; Muzium Perak; Penjara Taiping; Bangunan Pejabat Daerah & Tanah Larut, Matang & Selama; Taman Tasik Taiping dan Pejabat Telegraf Taiping.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa sama, MPT akan sentiasa memastikan sebarang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan dalam jarak 200 meter perlu mendapat kelulusan daripada Jabatah Warisan Negara," katanya.