Jual mercun tanpa permit, peniaga dikenakan waran tangkap

Seorang pemilik perniagaan mercun dan bunga api dikenakan waran tangkap, selepas gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan kes tidak memiliki permit perniagaan daripada MDKL, di Mahkamah Majistret Telok Datok di Banting pada Rabu.
Seorang pemilik perniagaan mercun dan bunga api dikenakan waran tangkap, selepas gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan kes tidak memiliki permit perniagaan daripada MDKL, di Mahkamah Majistret Telok Datok di Banting pada Rabu.
A
A
A

BANTING - Seorang pemilik perniagaan mercun dan bunga api dikenakan waran tangkap, selepas gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan kes tidak memiliki permit perniagaan daripada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu.

Majistret, Maslinda Selamat mengeluarkan waran tersebut selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Mengikut pertuduhan, pemuda itu selaku orang kena saman (OKS), telah menjalankan aktiviti penjaja berkaitan penjualan mercun dan bunga api tanpa permit dan lesen, di petak parkir di Jalan Flora, Telok Panglima Garang, di sini.

Lelaki berusia 20-an itu, berdepan kes di bawah kesalahan Undang-undang Kecil (UUK) 3, UUK Penjaja MDKL 2007.

Pendakwaan dalam kes ini, dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abdul Rahim dan Ahmad Razali Abdul Manaf.

Sementara itu, menerusi kenyataan media, pihak MPKL menasihatkan peniaga, supaya mendapatkan lesen penjaja yang sah, bagi mengelak mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang.

"MPKL juga mengingatkan masyarakat supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, sebelum menjalankan aktiviti penjaja di Kuala Langat," kata kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: