KKM pantau penjaja warga asing

Laporan Sinar Ahad berhubung aktiviti penjaja warga asing yang aktif menjual makanan berhampiran Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada setiap Jumaat.
Laporan Sinar Ahad berhubung aktiviti penjaja warga asing yang aktif menjual makanan berhampiran Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada setiap Jumaat.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperketatkan pemantauan terhadap penjaja makanan warga asing di sekitar Kuala Lumpur.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pasukannya akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras peniaga asing yang menjual makanan diragui status kebersihannya.

Menurutnya, hasil pemantauan dilakukan pihaknya telah mengenal pasti modus operandi penjaja warga asing terbabit.

"KKM sudah berada di situ untuk membuat tindakan dan melakukan pemantauan awal perkara tersebut.

"Kita akan memastikan pihak penguatkuasa KKM akan lebih cekap dan lebih taktikal dari sudut itu untuk melakukan tindakan," katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor di Puncak Alam di sini pada Ahad.

Beliau berkata, terdapat undang-undang mengenai perkara itu dan ia terkandung dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Dzulkefly menyampaikan duit raya kepada salah seorang penerima pada Majlis Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor di Puncak Alam pada Ahad.
Dzulkefly menyampaikan duit raya kepada salah seorang penerima pada Majlis Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor di Puncak Alam pada Ahad.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan keadaan juadah makanan dan minuman yang dijual penjaja asing terbabit.

Artikel Berkaitan:

Justeru, semua pihak perlu jelas dan faham agar sentiasa memastikan makanan dibeli bersih dan selamat untuk dimakan, tambahnya.

"Saya mahu mengingatkan kepada semua jangan mengambil makanan yang kita tidak tahu sumber penyediaannya termasuklah peniaga juga diwajibkan mengambil suntikan pelalian tifoid

"Saya berharap warga Malaysia Madani perlu cermat sebelum mereka mengalami cirit-birit kerana makanan adalah risiko kepada punca segala penyakit," tambah beliau.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan terdapat aktiviti jualan makanan ala 'street food' dari negara India yang dikerumuni warga asing dikenal pasti beroperasi berhampiran Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada setiap Jumaat.

Penularan video berdurasi 23 saat itu mengundang reaksi pengguna media sosial yang kurang senang dengan kelemahan sistem penguatkuasaan.

Mereka melihat penguat kuasa seolah-olah terlepas aktiviti penjajaan tersebut yang didakwa telah beroperasi sejak sekian lama.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!