Hannah Yeoh sokong kempen Uninstall Hatred

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh menyambut baik kempen Uninstall Hatred: Reboot Malaysia and Global Harmony.

Kempen membuang kebencian dan mengembalikan keharmonian itu dicetuskan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub agar isu perkauman dan agama ditangani dengan berkesan.

Hannah berkata, isu Jawi, tanglung dan Pongal secara jelas menunjukkan kerapuhan hubungan di kalangan masyarakat.

"Isu ini berlaku bila tiada hubungan yang erat, takut dan jahil terhadap undang-undang.

"Sekarang kita perlu mengambil langkah untuk membina semula (keharmonian kaum dan agama)," katanya di laman Twitter hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia

Hannah berkata, kempen tersebut adalah tepat pada masanya dan merupakan salah satu cara untuk mengembalikan keharmonian di negara ini.

Jumaat lalu, Dr Hussamuddin menyarankan sesuatu yang drastik dilakukan kerajaan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri Kabinet bagi menangani masalah tersebut.

Artikel Berkaitan: