ADUN Terengganu rakam takziah nahas helikopter TLDM

Persidangan DUN Terengganu yang berlangsung pada Selasa memberi penghormatan terhadap mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak.
Persidangan DUN Terengganu yang berlangsung pada Selasa memberi penghormatan terhadap mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung pada Selasa berhenti sejenak bagi memberikan penghormatan terhadap mangsa insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak pagi Selasa.

Ucapan rakaman takziah itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Wisma Darul Iman, di sini.

"Kita baru sahaja dikejutkan dengan pelanggaran dua helikopter TLDM di Lumut sebentar tadi dan ada beberapa perajurit kita terkorban.

"DUN Sura ingin mengambil perhatian sidang dewan agar kita semua dapat membaca al-fatihah untuk perajurit kita yang terkorban. Salam takziah daripada kami, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu," katanya.

Difahamkan, tiada mangsa dilaporkan terselamat dalam kejadian dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhempas selepas bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini.

Kejadian sekitar jam 9 pagi itu berlaku ketika sesi latihan sempena Hari Terbuka Armada TLDM melibatkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat awal terdapat 10 mangsa berada dalam kedua-dua helikopter itu semasa kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!