Dua lelaki ugut ejen insurans diberkas

Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan dan ugutan jenayah terhadap seorang ejen insurans di Taman Dato Ahmad Razali, Rabu lalu. Gambar hiasan
Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan dan ugutan jenayah terhadap seorang ejen insurans di Taman Dato Ahmad Razali, Rabu lalu. Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan dan ugutan jenayah terhadap seorang ejen insurans di Taman Dato Ahmad Razali, di sini pada 3 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dua suspek itu disyaki menuntut bayaran sebagai syarat mengembalikan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang disewa daripada mangsa.

"Pada jam 11.15 malam, 3 April lalu, pengadu telah menghubungi salah seorang suspek, namun talian itu telah diputuskan setelah mendengar suara mangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Azam berkata, beberapa minit kemudian pengadu telah terima beberapa mesej dari aplikasi WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali dan telah mengugutnya dengan menghantar gambar api, parang dan pistol serta akan merosakkan kenderaan itu.

"Pengadu mengesyaki suspek atau rakannya telah merancang sesuatu, sebelum dia membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata, dua suspek yang bekerja sebagai peniaga dan penghantar makanan berusia 29 dan 30 tahun telah ditahan di Ara Damansara, Petaling Jaya, pada Sabtu.

"Pihak polis turut merampas dua telefon bimbit dan tujuh dokumen bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, mangsa juga membuat laporan polis ditipu dan kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, Perlis di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Semakan lanjut mendapati hanya salah seorang suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan satu masih dikehendaki bersabit kes yang disiasat," katanya.

Mohd Azam berkata, kedua-dua suspek itu direman empat hari bermula Ahad hingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507 akta sama. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan pemerasan dan menakutkan orang lain," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!