Anggota bomba cedera, terjatuh ketika padam kebakaran

Anggota bomba yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.
Anggota bomba yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.
A
A
A

KLANG - Seorang anggota bomba cedera ketika memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah kilang dekat Kawasan Perindustrian Pandamaran pada Isnin.

Mangsa dari Balai Bomba Sri Andalas Klang difahamkan mengalami kecederaan pada bahagian rusuk sebelah kanan selepas terjatuh ketika sedang memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

Mangsa berumur 28 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 2.16 pagi.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah kilang dekat Kawasan Perindustrian Pandamaran pada Isnin.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah kilang dekat Kawasan Perindustrian Pandamaran pada Isnin.

"Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, BBP Shah Alam, BBP Klang Utara, BBP Cyberjaya dan BBP Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja pemadaman.

"Selain itu pemadaman turut melibatkan anggota dari BBP Klang Selatan, BBP Rawang, BBP Subang, BBP Damansara dan BBP Hartamas melibatkan keseluruhan seramai 54 anggota," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal dan usaha memadamkan kebakaran sepenuhnya sedang dijalankan manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!