Seorang parah, dua cedera tong gas nitrogen meletup

Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal dalam kejadian letupan gas di sebuah kilang dekat Kota Kemuning pada Isnin.
Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal dalam kejadian letupan gas di sebuah kilang dekat Kota Kemuning pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang parah manakala dua lagi cedera dalam kejadian letupan gas nitrogen di sebuah kilang dekat Kota Kemuning pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 10.14 pagi.

"Seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.

"Kejadian melibatkan letupan gas nitrogen ketika ujian tekanan dilakukan pekerja kilang terlibat di lokasi berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Anggota unit HAZMAT sedang menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian letupan gas di sebuah kilang dekat Kota Kemuning pada Isnin.
Anggota unit HAZMAT sedang menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian letupan gas di sebuah kilang dekat Kota Kemuning pada Isnin.

Menurutnya, kejadian mengakibatkan tiga individu mengalami kecederaan di mana salah seorang daripadanya dilaporkan kritikal manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan.

"Anggota unit Unit Khas Hazardous Material (HAZMAT) melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya di lokasi," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan awal setakat ini mendapati letupan tidak melibatkan struktur bangunan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!