Tujuh maut kereta lumba rempuh penonton di Sri Lanka

Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dalam insiden sebuah kereta lumba terbabas dari landasan semasa perlumbaan di sebuah litar Sri Lanka, pada Ahad. Foto AP
Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dalam insiden sebuah kereta lumba terbabas dari landasan semasa perlumbaan di sebuah litar Sri Lanka, pada Ahad. Foto AP
A
A
A

DIYATALAWA - Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dalam insiden sebuah kereta lumba terbabas dari landasan semasa perlumbaan di sebuah litar Sri Lanka, lapor media tempatan.

Dalam kemalangan di Fox Hill Supercross di bandar Diyatalawa yang berlangsung pada Ahad itu, 18 penonton lain mengalami kecederaan.

Antara yang maut ialah empat pegawai perlumbaan serta penonton, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, kata tentera.

Perlumbaan itu dianjurkan oleh angkatan pertahanan negara itu di akademi ketenteraan Sri Lanka di Diyatalawa dan merupakan kejohanan yang dianjurkan buat kali ke-28.

Media tempatan melaporkan acara berkenaan dihadiri oleh lebih 100,000 penonton.

Video yang dikongsi saksi menunjukkan orang ramai bergegas keluar dari tempat kejadian sejurus insiden berkenaan berlaku dan acara itu juga telah digantung.

Dua daripada mangsa meninggal dunia akibat kecederaan selepas dibawa ke hospital tentera tempatan, sementara sebahagian daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Polis kini sedang menjalankan siasatan. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!