Pelajar USAS maut kereta terbabas, terbakar

Seorang pelajar USAS maut selepas kereta dipandu bapa terbabas dan terbakar di Jalan Ulu Gali-Jelu pada Sabtu. Foto ihsan PDRM
Seorang pelajar USAS maut selepas kereta dipandu bapa terbabas dan terbakar di Jalan Ulu Gali-Jelu pada Sabtu. Foto ihsan PDRM
A
A
A

RAUB - Seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) maut selepas kereta Proton Saga SL 1.3 yang dinaiki terbabas dan terbakar di Jalan Ulu Gali-Jelu di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, mangsa, Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, terdapat empat orang termasuk pemandu menaiki kenderaan berkenaan.

Keadaan kereta yang dinaiki keluarga terbabit dalam kejadian pada Sabtu. Foto ihsan PDRM
Keadaan kereta yang dinaiki keluarga terbabit dalam kejadian pada Sabtu. Foto ihsan PDRM

"Hasil siasatan awal, kemalangan berlaku semasa pemandu iaitu bapa mangsa yang berusia 66 tahun dari arah Kampung Lechar dalam perjalanan menuju ke Petaling Jaya.

"Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke kanan jalan dan melanggar pokok hingga menyebabkan kereta tersebut terbakar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa iaitu penumpang hadapan telah terperangkap di dalam kenderaan.

Jelasnya, bapa mangsa cuba menarik keluar mangsa yang terperangkap namun tidak sempat.

Artikel Berkaitan:

"Keşan daripada kebakaran tersebut menyebabkan mangsa telah terbakar bersama kenderaan terbabit.

"Seorang lagi lelaki dan perempuan iaitu penumpang bahagian belakang yang cedera telah dihantar ke Hospital Raub untuk rawatan selanjutnya," tambah beliau.

Mohd Shahril memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!