Lelaki maut kereta terbabas

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas di jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu berhampiran Kampung Tok Kamis pada Sabtu.
Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas di jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu berhampiran Kampung Tok Kamis pada Sabtu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas di jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu berhampiran Kampung Tok Kamis pada Sabtu.

Mangsa yang berusia 23 tahun itu maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, hasil siasatan awal semasa kejadian mangsa dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dari Kota Bharu.

"Setiba di tempat kejadian, dipercayai kereta dipandu mangsa telah hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan.

"Situasi ini telah menyebabkan kereta tersebut melanggar tebing longkang dan berpusing," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke mana-mana balai berhampiran atau berhubung terus di talian 019-938 6224.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: