Dua maut, kereta terbabas dan terbalik

Keadaan kereta dinaiki mangsa-mangsa terbabas dan terbalik.
Keadaan kereta dinaiki mangsa-mangsa terbabas dan terbalik.
A
A
A

KUALA KRAI - Dua individu maut dalam kemalangan jalan raya apabila kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Kampung Pahi, di sini, pada Rabu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Khairul Duha Abd Halim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.44 petang daripada sistem Mers berhubung kemalangan itu.

“Bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta jenis Honda berada dalam keadaan terbalik dan seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Keadaan mangsa kemalangan yang tercampak keluar dari kenderaan.
Keadaan mangsa kemalangan yang tercampak keluar dari kenderaan.

“Seorang lagi mangsa wanita tercampak keluar dari kereta terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Bomba Kuala Krai, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, pihak bomba berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan akhirnya dapat dikeluarkan daripada kenderaan terbabit pada jam 4.11 petang.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Pihak bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa lelaki yang tersepit.
Pihak bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa lelaki yang tersepit.

Artikel Berkaitan:

“Mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambah beliau, seramai lapan anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dalam kejadian itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!