Wanita Pakistan lahir bayi kembar enam

Bayi kembar enam kini dilaporkan stabil dan berat mereka masing-masing kurang sekilogram. - Agensi
Bayi kembar enam kini dilaporkan stabil dan berat mereka masing-masing kurang sekilogram. - Agensi
A
A
A

RAWALPANDI - Seorang wanita berusia 27 tahun dari Pakistan berjaya melahirkan kembar enam bayi dalam tempoh sejam di sebuah hospital di Rawalpandi dalam kejadian jarang berlaku di mana-mana tempat di dunia.

Bayi terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan dilahirkan pada 19 April lalu dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Sebelum kelahiran, ibu bayi tersebut dimasukkan ke hospital pada 18 April lalu kerana mengalami kesakitan untuk bersalin dan pada keesokan harinya dia berjaya melahirkan bayi kembar enam atau disebut sextuplet.

Doktor yang bertanggungjawab menyambut kelahiran bayi itu berkata, ibu dan bayi tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan atau komplikasi dan berat masing-masing hanya 907 gram (g).

Bagaimanapun katanya, bayi tersebut terpaksa dimasukkan dalam inkubutor bagi menerima rawatan dan pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, semua kakitangan hospital menyatakan kegembiraan mereka mengenai berita kelahiran 'sextuplet' dan memberi jaminan bahawa ibu dan bayi tersebut akan diberi rawatan serta kemudahan lengkap semasa mereka berada di hospital itu.

Buat masa ini, bayi itu ditempatkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) sehingga mereka bersedia untuk dibenarkan pulang ke rumah.

Kejadian kembar enam sangat jarang berlaku dan ia hanya berlaku sekali dalam setiap 4.5 juta kehamilan.

Artikel Berkaitan:

Pada tahun 2014 seorang wanita di daerah Bannu, Khyber Pakhtunkhwa berjaya melahirkan bayi kembar enam. Empat bayi itu adalah perempuan dan dua lelaki.

Awal bulan sebelum itu, seorang ibu melahirkan bayi kembar empat di daerah Bhakkar, Punjab, India manakala pada Oktober dalam tahun sama, seorang lagi ibu melahirkan kembar lima yang terdiri tiga perempuan dan dua lelaki di Khyber Teaching Hospital, Peshawar, Pakistan. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!