Seleweng petrol guna Kelisa

KPDN Kelantan menyita 150 liter minyak petrol bersama dua Perodua Kelisa yang telah diubah suai untuk tujuan penyeludupan di sebuah stesen minyak di Palekbang di Tumpat pada Sabtu.
KPDN Kelantan menyita 150 liter minyak petrol bersama dua Perodua Kelisa yang telah diubah suai untuk tujuan penyeludupan di sebuah stesen minyak di Palekbang di Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita 150 liter minyak petrol bersama dua kereta jenis Perodua Kelisa yang telah diubah suai untuk tujuan penyeludupan di sebuah stesen minyak di Palekbang di sini pada Sabtu.

Kedua-dua kereta berkenaan ditahan menerusi serbuan pada jam 1 petang.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, terdahulu pihaknya telah mengesan beberapa suspek sedang membuat pengisian secara berulang kali di beberapa stesen berasingan sekitar Tumpat.

"Menyedari kehadiran anggota bertugas, suspek telah bertindak melarikan diri.

"Pemeriksaan ke atas kereta itu membawa kepada penemuan tangki kenderaan telah diubahsuai," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, turut ditemukan beberapa saluran untuk mengeluarkan minyak petrol dipercayai untuk tujuan penyelewengan.

Azman memberitahu, pemilik stesen minyak turut diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek membuat pembelian pengisian secara berulang kali di stesen sekitar Tumpat dengan kuantiti yang biasa, namun kerap kali di beberapa stesen.

Artikel Berkaitan:

"Kami sentiasa melipat gandakan usaha membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara ini bersama dengan agensi berkaitan sempadan dari masa ke masa," katanya.

Menurut beliau, dalam masa yang sama juga KPDN Kelantan mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan pemantauan dan rondaan pencegahan ketirisan barang kawalan di stesen-stesen minyak sekitar radius 50 kilometer (km) dari sempadan negara.

Ujarnya, amaran keras diberikan kepada mana-mana individu yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral penyelewengan barang kawalan supaya menghentikan segera serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan tindakan tegas akan diambil selanjutnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!