'Pengerusi Bersama MTPN Kedah lebih sesuai anggota pentadbiran kerajaan'

Mahdzir
Mahdzir
A
A
A

PADANG TERAP - Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpendapat jawatan Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) lebih sesuai disandang oleh seseorang yang merupakan anggota pentadbiran kerajaan.

Menurutnya, jawatan itu mesti dipangku oleh anggota pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada mereka yang berjawatan menteri ataupun timbalan menteri.

“Sekarang ini, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pengerusi sebab beliau anggota pentadbiran. Tapi kalau kerajaan Persekutuan ada pilihan, boleh lantik dalam kalangan kami untuk menjadi Timbalan Pengerusi MTPN di Kedah,” katanya pada sidang akhbar pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Aidilfitri UMNO Bahagian Padang Terap di sini.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mencadangkan Mahdzir dilantik sebagai Pengerusi Bersama MTPN bagi membantu projek-projek kerajaan Persekutuan di Kedah agar berjalan lancar.

Menurutnya, perkara tersebut wajar dipertimbangkan kerajaan selepas melihat banyak projek lambat dan tertangguh kerana hubungan kerajaan negeri dan Persekutuan yang tidak sehaluan.

Tambahnya, Saifuddin boleh menggunakan UMNO kerana parti ini mempunyai pengalaman menjadi pembangkang di Kedah.

Jawatan Pengerusi Bersama MTPN Kedah hari ini disandang Saifuddin yang merupakan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula mewakili kerajaan Kedah.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!