Nafi terlibat dalam sindiket penipuan

No Image Caption
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebuah syarikat jualan langsung membuat laporan polis menafikan terbabit dengan sindiket penipuan menyasarkan mereka berusia dan warga emas demi mengaut keuntungan sekitar Kuala Selangor hingga Sabak Bernam.

Pengurus Jualannya, Nor Aini Jaafar berkata, laporan itu bertujuan membersihkan nama syarikat selepas tiket baucer yang memaparkan logo kumpulan itu bagi tujuan galakan untuk menghadiri taklimat tular di laman sosial Facebook.

Menurutnya, kenyatan yang disebar itu jelas berunsur fitnah dan berniat jahat yang sengaja cuba menjatuhkan imej syarikat.

"Syarikat kami berdaftar dan berlesen, selain mempunyai rangkaian perniagaan di lebih 40 negara dan mula menjalankan perniagaan di daerah ini sejak setahun lalu," katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini.

Nor Aini berkata, pihaknya kesal apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba memberi persepsi buruk kepada orang ramai terhadap syarikat terbabit

"Kami menjalankan perniagaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) syarikat dan tidak melakukan apa-apa penipuan, malah membantu penduduk kampung meningkatkan tahap kesihatan melalui produk yang dibeli, selain mereka boleh menjana pendapatan," katanya.

Tegas beliau, pihaknya menggesa pihak yang menular perkara itu memadam status itu di Facebook dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas sekiranya tiada permohonan maaf daripada pihak terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan: