PM beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra

Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Anwar, Farhan Fauzi (kiri) yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra berusia 20 bulan dan keluarganya pagi tadi. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Anwar, Farhan Fauzi (kiri) yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra berusia 20 bulan dan keluarganya pagi tadi. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham, kanak-kanak yang menghidap penyakit Biliary Atresia atau kerosakan pada hati sejak lahir dan dijadualkan menjalani pembedahan di China tidak lama lagi.

Menerusi catatan dalam Facebook, Anwar berkata, sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra berusia 20 bulan dan keluarganya pagi tadi untuk membantu menampung kos perubatan dan perjalanan mereka ke China.

"Sama-sama kita doakan agar Nur Khayla (Azzahra) selamat jalani pembedahan dan segera sembuh, insya-ALLAH,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!