Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran susulan letupan - IAEA

Teheran, Iran pada waktu malam. Foto Xinhua
Teheran, Iran pada waktu malam. Foto Xinhua
A
A
A

ANKARA - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan pada Jumaat bahawa tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.

"IAEA mengesahkan pada Jumaat bahawa tidak ada kerosakan pada tapak nuklear Iran selepas laporan mengenai letupan yang disyaki penglibatan Israel," kata agensi itu.

"IAEA boleh mengesahkan bahawa tiada kerosakan pada tapak nuklear Iran," Agensi Anadolu (AA) memetik agensi itu dalam hantarannya di platform X.

Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi terus menyeru agar semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan.

Agensi itu berkata, ia memantau keadaan dengan teliti.

Terdahulu, letupan kedengaran di beberapa bandar Iran pada awal Jumaat, terutama di Isfahan di bahagian tengah dan barat Tabriz di barat laut negara itu, AA memetik laporan Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

IRNA juga mengaitkan bunyi letupan di Tabriz itu adalah berikutan pengaktifan sistem pertahanan udara.

Ketegangan memuncak antara Iran dan Israel selepas Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu pada hari Sabtu sebagai tindak balas kepada serangan 1 April ke atas konsulatnya di Syria, yang mengorbankan tujuh penasihat tentera.

Artikel Berkaitan:

Israel telah berikrar ia akan bertindak balas terhadap serangan Iran itu. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28