Penantian 17 tahun Persatuan Veteran VAT 69 Komando berakhir

Abd Rashid (duduk tiga kanan) bergambar dengan ahli Persatuan Veteran VAT 69 Komando dalam majlis penyerahan bangunan pejabat dan pusat aktiviti kebajikan di Tanjung Rambutan, di sini, pada Khamis.
Abd Rashid (duduk tiga kanan) bergambar dengan ahli Persatuan Veteran VAT 69 Komando dalam majlis penyerahan bangunan pejabat dan pusat aktiviti kebajikan di Tanjung Rambutan, di sini, pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Penantian 17 tahun Persatuan Veteran VAT 69 Komando untuk mendapatkan pejabat dan pusat aktiviti kebajikan, akhirnya menjadi kenyataan.

Penyerahan bangunan pejabat dan pusat aktiviti kebajikan persatuan itu telah berlangsung di Tanjung Rambutan, di sini, pada Khamis.

Yang Dipertua Persatuan Veteran VAT 69 Komando, Datuk Abd Rashid Harun berkata, beliau telah menerima dokumen daripada Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Perak Datuk Shamshuzaman Sulaiman dalam majlis itu.

"Sejarah penubuhan Persatuan Veteran VAT 69 Komando bermula pada 2007, dimana persatuan menggunakan pejabat ihsan daripada Komander Briged Utara PGA di Ulu Kinta.

"Hasil peruntukan dari Pejabat Pembangunan Negeri Perak maka pembinaan pejabat baharu telah bermula pada 21 Oktober 2021 dan siap sepenuhnya baru-baru ini," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Turut hadir dalam majlis itu, jurutera perunding, pihak kontraktor serta ahli jawatankuasa persatuan.

Abd Rashid berkata, pihaknya telah menerima sebuah bangunan dua tingkat untuk dijadikan pejabat urusan pentadbiran serta pusat aktiviti kebajikan ahli persatuan.

"Kami berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam membina pejabat dan pusat aktiviti kebajikan.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga telah merancang pelbagai aktiviti yang akan diadakan di bangunan ini," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!